Pengenalan



Objektif :

1.      Kami ingin mencipta web site berkaitan tokoh – tokoh dan kejayaan mereka dalam pelbagai bidang serta kepelbagaian cara berfikir yang membawa kejayaan  menyerlah sehingga dikagumi oleh masyarakat dalam negara mahupun di luar negara.


2.      Selain memenuhi tugasan individu berkaitan tokoh kursus  KPD 6034 pengajaran kemahiran berfikir kami berharap untuk berkongsi maklumat berkenaan  cara pemikiran tokoh-tokoh berjaya dalam pelbagai aspek.


3.     Web –site yang bakal kami cipta ini berhasrat untuk memenuhi keperluan pelbagai pihak iaitu golongan  pendidik termasuk pensyarah, guru-guru mahaupun siswazah universiti dan warga sekolah berkongsi tanpa sebarang halangan.


4.      Kami juga berharap website yang bakal dicipta ini akan menjadi perintis  dan titik tolak kepada     perkongsian yang berterusan oleh semua pihak.


5.      Web-site ini juga akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa oleh kami dan semua pihak yang       melayari web kami dalam bentuk ulasan atau cadangan.


Sasaran

Pensyarah,warga pendidik ,pelajar di IPT, dan warga sekolah samaada sekolah menengah atau sekolah rendah.

Rasional     

Semua pihak inginkan kejayaan dalam hidup dan rahsia perlu diketahui. Oleh itu, diharapkan kumpulan sasaran dapat mendalami tokoh-tokoh dan menyuntik motivasi serta menjadikan tokoh dalam web sebagai inspirasi untuk berjaya. Kumpulan sasaran dipercayai akan  dapat pendedahan berfikir secara kreatif dan kritis untuk berjaya dalam apa jua bidang diceburi kelak.