Alexander Graham Bell tidak seberapa dapat pendidikan formal, tetapi diajar baik oleh keluarganya dan belajar sendiri, begitulah ehwal Alexander Graham Bell penemu telefon yang dilahirkan pada tahun 1847 di Edinburg, Skotlandia. Minat Bell memproduksi kembali suara vokal timbul secara wajar kerana ayahnya seorang ahli dalam hal fisiologi vokal, memperbaiki pidato dan mengajar orang-orang tuli.
Bell pernah ke Boston, negara bahagian Massachusetts tahun 1871. Di sanalah pada tahun 1875 dia membuat percubaan-percubaan yang mengarah pada penemuan telefon. Dia mengumpulkan paten untuk mengukuhkan penemuannya pada bulan Februari 1876 dan mendapat imbalan beberapa minggu kemudian. (Menarik sekali untuk dicatat bahwa seorang lain bernama Elisha Gray juga mengumpulkan paten penemuan untuk pengukuhan mengenai peralatan serupa pada hari yang berlainaan dengan apa yang diperbuat Bell, hanya selisih beberapa jam saja).
Tidak lama sesudah patennya diterima, Bell mempertontonkan telefon di pameran 100 tahun kota Philadelphia. Penemuannya menarik perhatian besar publik dan mendapat penghargaan atas hasil karyanya. Tetapi, The Western Union Telegraph Company yang menawarkan ruang sebesar $100.000 buat penemuan alat itu mengelak membayarnya.Oleh itu, Bell dan kawan-kawannya, pada bulan Julai 1877, mendirikan perusahaan sendiri, nenek moyang dari American Telephone and Telegraph Company sekarang. Telefon dengan cepat dan besar-besaran mencapai kejayaan secara komersial. Sakarang ini AT & T merupakan perusahaan perniagaan yang terbesar di dunia.
Bell dan isterinya pada 1879 memegang 15 peratus saham dari perusahaan itu dan tidak dapat bayangan betapa akan fantastisnya keuntungan yang bakal diterima oleh perusahaan itu. Dalam tempoh cuma tujuh bulan, mereka sudah jual sebahagian besar saham mereka dengan harga rata-rata $250 per saham. Pada bulan November harganya sudah melesat naik jadi $1000 per saham! (Di bulan Mac itu isterinya-lah yang mendesak buru-buru jual kerana beliau khuwatir harga saham tidak akan sampai setinggi itu lagi!) Pada tahun 1881 dengan gegabah mereka jual lagi sepertiga jumlah sisa saham yang mereka miliki. Meski begitu, pada dalam tahun 1883 mereka sudah pun peroleh keuntungan seharga sekitar sejuta dolar.
Sejak penemuan telefon sudah mengorbitkan Bell jadi kaya-raya, beliau tidak pernah berhenti meneruskan penyelidikannya, dan beliau mencipta lagi pelbagai alat yang berguna walau tidak sepenting telefon. Minatnya beraneka ragam, tetapi tujuan utamanya adalah menolong orang tuli. Isterinya sendiri adalah gadis tuli yang dilatihnya sendiri. Empat anak, dua lelaki dua perempuan lahir berkat perkahwinan tetapi keempatnya mati muda. Tahun 1882 Bell jadi warganegara Amerika Syarikat dan meningal dunia pada tahun 1922.
Ukuran besar-kecilnya pengaruh Bell terletak pada penilaian besar kecilnya makna telefon itu sendiri. Pengaruh itu besar sekali kerana tidak banyak penemuan yang begitu luas digunakan orang dan begitu besar pengaruhnya dalam kehidupan sehari-hari.
Kita tempatkan Bell dalam urutan di bawah Marconi berhubung radio lebih beragam kegunaannya ketimbang telefon. Misalnya, pembicaraan lewat telefon dapat pada dasarnya dilakukan lewat radio, tetapi dalam beberapa hal (misalnya komunikasi dengan pesawat yang sedang terbang) telefon tidak boleh menggantikan fungsi radio. Kalau saja cuma faktor itu semata-mata yang jadi ukuran, Bell akan menduduki urutan jauh lebih bawah lagi daripada Marconi. Tetapi, ada dua hal yang layak dipertimbangkan. Pertama, meskipun pembicaraan telefon peribadi boleh sahaja dilakukan lewat radio, akan teramat sulitlah menggantikan seluruh sistem pertelefonan kita dengan jaringan radio yang setara. Kedua, metode pokok menyalurkan kembali suara yang dirancang Bell buat penerima telefon kebelakangan di ambil oper dan digunakan oleh penerima radio, piringan hitam dan pelbagai rupa peralatan lainnya. Itu sebabnya saya anggap pengaruh Bell cuma sedikit lebih kurang ketimbang Marconi.
No comments:
Post a Comment