Sunday, November 20, 2011

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

oleh FAIZAH BINTI AYUB @ ISMAIL

Pendahuluan Dan Rasional Pemilihan Tokoh

Bersyukur kepada Tuhan kerana diberi kesempatan untuk berkongsi rasa syukur kerana dijadikanNya kita makhluk yang paling sempurna. Justeru, dengan kesempurnaan itu kita mampu berfikir, membuat keputusan dan mengambil pelbagai tindakan demi kelangsungan hidup. Kemampuan untuk setiap dari kita berfikir menjadikan kita insan yang unik, malah sesiapa saja dalam kalangan kita yang berjaya menggunakan potensi dan kemahiran  berfikir yang ada,  pasti akan menjadi insan yang lebih cemerlang.

Dalam ulasan yang akan saya kemukan ini, saya akan membicarakan mengenai seorang tokoh yang cukup unik, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, atau lebih dikenali dengan gelaran Tok guru Nik Aziz. Bukan calang-calang orang insan ini, kerana disebalik susuk tubuh yang kecil,  tersimpan rahsia dan teori serta prinsip hidup tersendiri semestinya mengenai bagaimana beliau menggunakan potensi diri dan pemikirannya untuk berdiri sama tinggi , duduk sama rendah dengan nama-nama unggul terutamanya dalam kancah politik Negara.

Pemilihan tokoh ini juga bukanlah atas dasar saya berpihak kepada perjuangan parti yang didokong oleh beliau, tetapi lebih kepada persoalan  mengenai  apakah sebenarnya yang telah dijadikan prinsip, pegangan  dan cara pemikiran beliau sehingga  beliau menjadi begitu berpengaruh  dan  mempunyai karisme tersendiri dan disegani.



RINGKASAN PENGENALAN DIRI

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota bharu, beliau merupakan anak kedua daripada Sembilan adik beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya iaitu Tuan Sabariah Bt Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata. Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau dalah mursyidul Am semenjak 1990.

Bermula dengan kehidupan orang biasa-biasa sahaja, siapa menyangka insan ini pernah dianugerahkan sebagai top 50 muslim paling berpengaruh didunia cukup membuktikan keistimewaan dan kehebatan tokoh ini.  

Jika ditinjau sepintas lalu  melalui perwatakan dan fizikal tokoh ini, saya pasti ada yang membuat persepsi negatif  terutama jika dikaitkan dengan perjuangan agama yang dibawa oleh beliau. Maka, penulisan ini diharap diterima secara penulisan akademik yang bersifat neutral.

Faktor yang paling penting dalam menentukan peribadi tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat adalah bapanya yang bernama Tuan Guru Haji Nik Mat bin Raja Banjar, atau lebih dikenali “Tok Guru Haji Nik Mat Alim”. Tuan guru Nik Mat merupakan seorang yang amat tegas dengan agama, sehingga tidak menghiraukan sebarang kemungkinan buruk yang akan menimpa dirinya, ekoran dari tindakannya yang menghalang sebarang maksiat dalam kampungnya.

Dengan ketegasan inilah, menyebabkan beliau berjaya mendidik anak-anaknya dengan didikan agama, termasuk Nik Abdul Aziz yang kini adalah seorang ulama tersohor, dan seorang Menteri Besar yang disayangi terutamanya oleh rakyat Kelantan dan pejuang-pejuang Islam.



Melihat kepada sejarah pendidikan beliau sendiri, maka tidak hairanlah perwatakan beliau adalah sebegitu rupa. Benarlah mengikut banyak teori, manusia itu dibentuk oleh persekitarannya.



ANALISIS S.W.O.T

Dalam menganalisa tokoh ini, saya akan cuba membuat analisis SWOT dimana akan membincangkan mengenai kekuatan (Strength), kelemahan (Weaknesses), Peluang (Oppportunity) dan juga Cabaran (Threat)



STRENGTH (KEKUATAN

KEISTIMEWAAN DAN CARA BERFIKIR TOK GURU

Jika dilihat kepada teori yang dikemukan oleh Howard Gardner mengenai kecerdasan pelbagai, saya melihat bahawa tokoh ini memiliki keistimewaan tersendiri dimana beliau dilihat memiliki hampir kesemua  lapan jenis kecerdasan yang dinyatakan.



Berpandangan jauh

Prinsip dan teori pentadbiran Nik Aziz

Dari segi pentadbiran, prinsip yang di pakai adalah ubudiah, ma’uliah dan itqam (UMI) iaitu menjalankan pentadbiran kerajaan sebagai satu ibadah bagi mencapai keredhaanTuhan, melaksanakan setiap tugas  pentadbiran secara beramanah atas sifat akauntabiliti kepada diri, rakyat, kerajaan dan Tuhan. Maka prinsip pentadbiran  dan pemikiran Tok Guru ini dianggap telah mendahului (sejak 20 tahun lalu) slogan Perdana Menteri sekarang Dato’ Seri Najib –  ‘‘ Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan.”

Slogan Membangun Bersama Islam telah diterjemahkan dengan baik oleh pelbagai pihak, terutamanya pengkaji sains politik dan pentadbir organisasi kerajaan negeri, mahupun swasta.





Tegas dalam tindakan dan prinsip hidup

Selaku Menteri Besar, atuan guru Haji Nik Aziz telah membuktikan keupayaan dan kecekapan memimpin kerajaan. Pelbagai saranan dan pembaharuan yang membina telah diperkenalkan. Beliau memotong gajinya sebanyak 40% untuk tabung kewangan PAS negeri kelantan. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk majlis keraian.



Cara pemikiran dan teori yang diguna pakai oleh Tok Guru bukan sahaja dikagumi malah mendapat banyak perhatian sehingga ramai yang ingin membukukan teori pentadbirannya. Ini diakui ramai kerana mereka berpendapat  perlunya Teori Pentadbiran Tok Guru Nik Aziz di Kelantan itu dibukukan. Kerana telah terbukti – sebuah “Pentadbiran Islam” telahpun terbina di Kelantan, di bawah pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz, sejak Oktober 1990. Dan apa yang telah terbina itu adalah suatu Model Pentadbiran yang telahpun berjaya dilaksanakan.



Kesederhaan dalam hidup

Antara kekuatan yang dimiliki oleh Tok Guru adalah kepribadian beliau yang begitu bersederhana dalam kehidupan beliau. Kerana ini jugalah ada yang menyatakan beliau ini seorang yang begitu unik. Beliau sanggup menjadi orang yang  dilihat pelik, namun sebenarnya beliau mendidik seorang dengan cara menjadi teladan yang baik

Nik Aziz was once asked why he did not press the BIC ballpoint pen hard on to the paper when signing documents. His simple answer was that it was to save ink! This man is a rare breed and one in a million.

Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang zuhud. Hampir setiap masa beliau dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban.Beliau mengaku bersolat dlam keadaan gelap apabila berada dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampong biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan.rumahnya tidak berpagar sama sekali , tanpa pengawal keselamatan.



Jelaslah, keperibadian dan cara berfikiran yang ditonjolkan dalam kehidupan hariannya telah menjadikannya insan yang unik dan berjaya dalam kelasnya yang tersendiri.



Kekuatan ilmu dan ketajaman minda

Mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru haji Nik Aziz haji Nik Mat aja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka, Beliau memiliki kelulusan Sarjana Muda Pengajian bahasa Arab dan Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti Al-Azhar di Mesir. Sebelumnya (1932) dari Universiti deoband, India dan Universiti Lahore, Pakistan (1957). Kesungguhan beliau dalam mendalami ilmu membolehkan beliau untuk menguasai dan berkomunikasi dalam bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.

lmu agama yang ada di dadanya sentiasa dicurahkan kepada rakyat Kelantan menerusi kuliah pagi Jumaat, khutbah Jumaat dan ceramah yang segar serta tulisan yang tercetak. Atas kapasiti keilmuan yang dicurahkan dan ratusan ribu rakyat menelaah ilmunya, layaklah rakyat menobatkan menteri besar yang mengemudi kepimpinan ulamak itu adalah seorang ulamak sebenar bergelar “Tuan Guru”.

Justeru itu, tidak mungkin ditemui dalam dekad ini menteri besar seumpama menteri besar Kelantan bergelar “Yang Amat Berhormat Tuan Guru Menteri Besar” yang sentiasa mengorbankan ilmunya untuk rakyat.



Jelas disini beliau mempunyai keistimewaan tersendiri dan menunjukkan pemikiran dan kecintaan tinggi terhadap ilmu, sebagi memetik kata-kata beliau sendiri yang berbunyi

 Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan.”



Berani dalam membuat tindakan yang difikirkan benar

Keberanian Tok Guru dalam memutuskan tindakan menunjukkan cara pemikiran beliau yang melihat bahawa sesuatu yang benar itu perlu dinyatakan walaupun tidak ramai yang menyukainya. Prinsip pemikiran beliau adalah berlandaskan bahawa jika Sesutu itu mndatangkan kebaikan, lambat laun akan diterima.

Contoh pemikiran dan tindakan berani beliau adalah dalam isu penutupan kelab malam, disko, bar, karaoke, salun unisex dan lain-lain premis berunsur maksiat disekitar Kota Bharu .

Begitu juga arahan supaya kakitangan wanita di pejabat kerajaan mesti berpakaian menutup aurat, system perbankan Islam dan sebagainay. Sesungguhnya pelaksaanaan dasar dan peraturan baru ini jelas menunjukkan beliau berani dalam melakukan perubahan; dan kita tidak melihat ini menjadi suatu masalah besar mlah mampu diterima rakyat kelantn dalam kalangan bukan islam sekalipun.



Kekuatan spiritual

Kekuataan rohani dan kebijaksanaan pemikiran beliau sebagai seorang tokoh agama bukan sahaja diakui oleh orang Islam malah turut dikagumi oleh orang bukan Islam. Buktinya, rata-rata rakyat Cina dan India, walaupun mereka golongan minoriti di Kelantan turut mengagumi pemikiran dan peribadi Tok Guru. Saya memetik ulasan  oleh Karma dalam blognya berbunyi

A great man, he is. Tok Guru reminds me of Gandhi. Both have spiritual strength and it is this strength that has coloured their personalities. Gandhi left no material wealth when he died, but he left spiritual wealth to the people of this world. Tok Guru would always remind us of the importance of spiritual values rather than forms in life. He believes in moderation. He also believes in simplicity.

His soft spot for all races and religions is because of his spiritual richness. When a person is spiritually strong, he will not waver when it comes to principles in life. Friendship to him is genuine. To forgive for him is divine. Hopefully, with his spiritual strength, Malaysians would be guided to the right path.

I remember in one of his religious talks he said, “Every Malaysian and every human being has the right to live peacefully in this world. Hate not each other, but help each other. Don’t make greed a way of life, as this will lead to selfishness. We are all children of God, seek in us the similarities and not the differences and this will lead us to a true bond among all. It is only when your heart is spiritually cleansed would you appreciate the beauty of creation and discover the truth.

“This is only a temporary world, remember. No one will live forever, strong or weak. So, nurture in you pleasantness to achieve the best in life. Rich or poor, you will one day leave this world. So, be kind to all when you are in this world.”



Kejayaan

Meskipun, masih ada tohmahan dan cakap-cakap sinis kononnya Kelantan adalah negeri termundur dan ketinggalan dari segi pembangunan sosio-ekonomi, namun kualiti hidup rakyatnya sudah menjawab dengan tepat bahawa kesemua tohmahan itu adalah cakap politik yang berniat memburuk-buruk keupayaan kepimpinan ulamak sejak Tuan Guru Nik Abdul Aziz dilantik Menteri Besar.

Justeru itu, kita melihat kepimpinan ulamak era Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah menobatkan (establishment) 20 nilai pembangunan negeri Kelantan seperti yang tersenarai  dalam buku kecil “100 Fakta Kelantan Mengubah Malaysia” (2008).


1.      Sifat cakna rakyat penuh berkebajikan

2.      Bangunan pejabat dan gudang bertambah dan tersergam

3.      Prasarana kesejahteraan awam tersirat kukuh

4.      Ladang getah dan kelapa sawit luas menghijau

5.      Sawah bendang menguning setiap musim

6.      Hutan dan lurah sedia ditereskan

7.      Kadar kemiskinan menjunam turun

8.      Kuasa beli rakyat mampu menyara survival pasaraya

9.      Pertambahan kenderaan bersimpang siur

10.   Taman perumahan melebar ke serata negeri

11.  Bandar lama dan baru makin berkembang

12.  Kehadiran pelancong terus melonjak

13.  Pesta, ekspo dan karnival terlaksana setiap tahun

14.  Gaji kakitangan awam tidak pernah dikurang

15.  Pendidikan Islam terbaik dan pelajar cemerlang terserlah setiap tahun

16.  Kolej, universiti dan sekolah bestari makin bertambah bilangan

17.  Kilang dan produknya terus beroperasi melonjak peluang ekonomi

18.  Perancangan pembangunan sentiasa berlaku

19.  Punca hasil baru terus diterokai

20.  Baki hutang kerajaan dahulu sudah terlunas



Kesemua nilai pembangunan dinyatakan di atas adalah ukuran mutlak bagi mengiktiraf betapa pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan sosial sudah berlaku dan tidak terpinggir. Oleh kerana itu, negeri Kelantan sepanjang 19 tahun di bawah kuasa politik PAS telah melakukan yang terbaik untuk rakyat Kela

 Maka, sempena ulang tahun ke-20, 20 Oktober 2011 yang lalu,  kepimpinan ulamak mengurus-tadbir kerajaan negeri Kelantan ini, diharapkan dapat membuka mata dan telinga semua untuk menerima realiti, betapa negeri Kelantan hari ini adalah sebuah negeri yang sudah jauh maju setanding dengan negeri-negeri lain di negara ini.

                                                                                   

                                                            Sumber: Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan





WEAKNESSES (KELEMAHAN)

Seperti insan biasa lain, beliau juga tidak dapat lari dari kelemahan. Saya melihat bahawa dari sudut yang berbeza mengapa Tok Guru seringkali menjadi pearhatian. Ucapan-ucapan beliau kerap menjadi bahan kontroversi. Secara peribadi ,saya dapat simpulkan bahawa  tidak semua orang boleh membaca pemikiran beliau, tidak semua dapat memahami apa yang difikirkan oleh beliau, justeru, beliau perlu lebih berhati-hati dalam menyatakan sesuatu. Kelemahan ini juga boleh menyebabkan pihak yang tidak menyenangi belaiu, termasuk musuh politiknya akan memanipulasi kenyataan yang dikeluarkan sehingga boleh menjejaskan imej beliau sebagi seorang ulamak.



OPPORTUNITY (PELUANG)

Saya melihat bahawa Tok Guru juga bijak dalam memikirkan sesuatu dan mengambil peluang dalam membuat pembaharuan. Terkini, pelancaran Dinar Mas dan Dirham perak pada 12 Ogos, 2011 lalu di Kota Bharu jelas menunjukkan antara kelainan  pemikiran dan keberanian tindakan yang diambil oleh kepimpnan Tok Guru. Pelaksanaan ini sebenarnya adalah lanjutan daripada pengenalan Dinar Emas Kelantan yang telah dilancarkan empat tahun lalu, tapi ini dilakukan dengan perancangan yang lebih besar dan rapi dengan kualiti bertaraf antarabangsa.







THREAT (ancaman ,CABARAN DAN HALANGAN)

Melakukan sesuatu yang berbeza bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi apabila  selalu pula  ada pihak yang sentiasa berusaha untuk menggagalkannya.

Saya melihat bahawa banyak cabaran dan halangan yang dihadapi oleh Tok Guru sejak beliau menjadi Menteri Besar. Apabila PAS mula mengambil-alih kerajaan Kelantan pada 22 oktober, 1990, pihak UMNO dan Barisan nasional pada masa itu mula membuat ramalan bahawa kerajaan Nik Aziz hanya boleh bertahan selama tiga bulan saha, selepas itu mereka akan kehabisan wang, tidka dapat membayar gaji kakitangan dan tidak akan dapat menjalankan pentadbiran. Namun ternyata dengan kreativiti, daya pemikiran dan penjanaan idea dibawah kepimpinan beliau, kerajaan Kelantan mampu bertahan sehingga 20 tahun 22 Oktober lalu. Bagaimana Tok Guru boleh bertahan dengan dana yang sangat kecil, sedang kerajaan persekutuan pula bertindak menyekat dan menahan bantuan-bantuan yang sepatutnya diberikan kepada kerajaan Kelantan, bagi memastikan PAS merasa tertekan dan menyerah kalah. Inilah kekuatan yang ada pada Tok Guru Nik Aziz yang menjadikn beliau begitu dicemburui sebenarnya.



KESIMPULAN

Walaupun nama beliau tidaklah se gah orang yang berjaya  membina empayar kekayaan dalam perniagaan dan sebagainya, namun  pada saya kekuataan beliau dalam membina modal insan yang kukuh,  jati diri yang kental seperti yang ditunjukkan beliau adalah sebenarnya kejayaan yang tidak ramai  insan yang mampu lakukan. Ramai yang mampu menjadi jutawan yang kaya raya, namun tidak ramai dalam kalangan kita yang mampu bersinar dan menjadi jutawan yang kaya dengan kekuatan akhlak dan spiritual.

Daya pemikiran beliau, perwatakan dan pembawaan diri yang tersendiri, kekuatan dan ketegasan dalam berfikir dan bertindak telah menjadikan beliau seorang insan yang berjaya dalam kelasnya yang tersendiri. Disebalik tekanan dan ancaman yang dihadapi, beliau mampu teguh berdiri. Kewibawaan inilah yang sangat dikagumi sehinggakan ramai yang berpendapat, tidak akan ada lagi yang boleh menggantikan ketokohan dan keperibadian beliau dalam dekad ini. 

Rujukan



Mohd Aizat Mohd Saleh Al-Hafiz, ‘Pemikiran Tok Guru”, PTS Millenia Sdn Bhd,

           Kota    Bharu.






































LAMPIRAN























Tuan Guru

Pemikirannya luar biasa,

Meneliti bukan sekadar menuruti,

Menghalusi bukan sekadar meneladani,

Meneliti masalah, menuruti syariah,

Menghalusi mehnah, meneladani sunah.



Tuan Guru,

Peribadinya santun lagi mulia,

Meraikan setiap keturunan Adam,

Dijaganya lelaki mahupun wanita,

Tidak kira Islam mahupun bukan,

Pada wajah semua, terukir senyuman.



Tuan Guru,

Kepimpinannya terpandu dan istimewa,

Terselit tegas dalam kelembutan,

Cukup kaya dengan kesederhanaan,

Beroleh taulan kerana kesantunan,

Agungnya Tuhan menjadi pengakhiran.



Melihat wajah Tuan Guru...,

Terasa nyaman dalam jiwa,

Terhening sejuk pandangan mata,

Beliau permata antara semua,

Sinarnya berkilauan nan luar biasa.








No comments:

Post a Comment